Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengesahkan 85 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka dilaporkan selamat walaupun berlaku ketegangan di negara itu.
Beliau berkata kementeriannya bersedia untuk memindahkan rakyat Malaysia jika keadaan bertambah buruk.